saya-sayang-awak!--saya-cintakan-awak!--saya-sayang-awak!--saya-cintakan-awak!--saya-sayang-awak!--saya-sayang-awak-WAN-ILYA-HAMIZAH!mmmmuuuaaaahh!

Saturday, 28 July 2012

LISAN BM : REMPIT

 
   Pada era globalisasi kini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pelbagai berita di corong-
corong radio,di kaca televisyen ,di dada-dada akhbar mengenai aktiviti rempit di sekitar
Malaysia. Seperti yang kita semua tahu, rempit ialah aktiviti menunggang motosikal dengan 
cara yang berbahaya. Gejala ini sering dikaitkan dengan para remaja. Mereka sering digelar 
sebagai 'mat rempit'.


   Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala rempit kian berleluasa. Antaranya ialah
kesibukan ibu bapa. Apabila mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka, mereka akan mengabaikan
segala tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka tidak akan menyedari tentang perihal 
anak-anak mereka apabila sedang bekerja. Selain itu,kurangnya didikan agama merupakan faktor
yang membawa kepada permasalan ini. Setiap agama mementingkan keharmonian dan kedamaian.
 Jika remaja mengamalkan peraturan yang terdapat dalam setiap agama, sudah semestinya perkara
seperti ini tidak akan terjadi lagi. Faktor yang lain ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Rakan-
rakan mereka akan mempengaruhi minda mereka supaya remaja mereka akan menyertai aktiviti
rempit ini. Disebabkan teruja untuk mencuba sesuatu yang baru, remaja akan mudah terpengaruh
kerana mereka ingin tampak hebat dalam kalangan rakan mereka. Pengaruh media massa juga 
menyumbang kepada masalah ini. Seperti yang kita semua dapat lihat, pelbagai filem yang ditayang
-kan di panggung berkisarkan tentang mat rempit seperti 'Rempit V3','Bohsia' dan sebagainya.Filem-
filem ini akan mempengaruhi remaja untuk terlibat dengan aktiviti rempit.


   Aktiviti rempit akan memberi banyak kesan kepada diri mereka, keluarga dan juga negara. 
Antara kesannya ialah maruah keluarga akan tercalar. Hal ini kerana cerita mengenai keluarga mereka 
akan tersebar dan menjadi perbualan orang. Keluarga mereka akan menjadi malu untuk bergaul
dengan penduduk sekeliling akibat daripada perbuatan ahli keluarga mereka. Selain itu, kemalangan
jalan raya akan mendadak dengan meningkat. Hal in disebabkan kerana mereka menunggang motosikal
dengan pelbagai aksi-aksi berbahaya dan terlalu laju. Kebanyakan kemalangan yang berlaku dalam 
kalangan mat rempit menyebabkan kematian. Ada antara mereka mati dalam keadaan yang dasyat
dan mengerikan. Seterusnya ialah kes jenayah akan meningkat kerana kebanyakan mat rempit terlibat
dengan penyalahgunaan dadah. Mereka akan membuat jenayah seperti mencuri, meragut beg tangan
wanita dan sebagainya. Akhir sekali, vandalisme akan meningkat kerana mat rempit sering merosak-
kan kemudahan awam di tempat-tempat mereka sering melepak bersama dengan membuat graffiti, 
merosakkan telefon awam dan sebagainya.


   Untuk mencegah gejala ini daripada terus menular dalam kalangan rakyat Malaysia, pelbagai langkah
perlu diambil. Antara langkahnya ialah ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada anak-anak mereka
dengan cara meluangkan masa dengan anak-anak mereka tidak kira sesibuk mana sekalipun. Hal ini 
kerana setiap masalah yang dilakukan oleh anak-anak berpunca daripada kelalaian ibu bapa mereka. 
Selain itu, sekolah juga perlulah memainkan peranan dengan memberikan pendidikan daripada 
peringkat awal bagi mencegah mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat ini pada
masa akan datang kelak. Seterusnya ialah remaja perlulah bijak dalam memilih kawan-kawan supaya
tidak akan mudah terjebak dalam gejala ini. Memilih rakan yang baik dapat menghindarkan diri 
daripada melakukan perkara yang negatif. 


   Kesimpulannya, aktiviti merempit tidak wajar diamalkan oleh setiap masyarakat Malaysia. Hal ini 
kerana ia banyak mendatang kesan negatif atau kesan buruk kepada sesiapa yang terlibat. Perkara
seperti ini harus dicegah bersama supaya tidak akan berlalu lagi di masa akan datang kelak.

No comments:

Post a Comment